Tuesday 26 August 2014

Solat Berjemaah???

Bismillahirrahmanirrahim...
Sedang aku termenung, teringat aku akan seorang adik yang hidupnya hanya tahu untuk berseronok.
Ya...seorang adik yang sangat nakal.
Seorang yang hidupnya penuh dengan alasan. 
Al kisah, tersangat beruntung adik ini. Ya, beruntung sekali. Kerana apa??? Kerana mempunyai sahabat yg baik-baik. Sahabat yang sering mengingatkan tentang solat. Pernah suatu ketika pada waktu rehat selepas kelas, seorang sahabat berkata kepadanya "Weyyyy!!! dah masuk waktu nie. Jom la solat dulu kat surau. Nak balik bilik takut tak sempat. Setengah jam lagi kelas nak mula." Dijawabnya "Alaaaaaaaaaaaa......kejap lagi lepas habis kelas pun sempat ja nak balik bilik solat. Hang solat la dulu, nnti aku solat kat bilik lepas kelas." Begitulah alasan yang sering diberi. Entah kenapa, adik itu lebih suka memberi alasan setiap kali diajak untuk solat berjemaah. Bahkan lebih suka untuk solat secara sendirian. Namun, tidakkah disedarinya yang solat secara berjemaah itu lebih tinggi ganjaran pahalanya. Serta solat itu juga amalan pertama yang akan dihisab. Oleh itu, solat haruslah disegerakan.
Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.”

Daripada Abdullah bin Umar radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,maksudnya: “Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda.”

Jom solat berjemaah. Besttttttttttt!!! Rasa nikmat solat itu lebih dari solat bersendirian. Ya Allah...rindunya nak solat berjemaah. Peluang yang sangat susah nak dapat bila cuti duduk kat rumah.

Siapakah adik itu??? Wallaua'lam. Yang penting iktibar dan pengjaran yang harus diambil. Moga ibadah kita diterima Allah. Taqaballahu minna wa minkum.



Wassalam...




Wednesday 6 August 2014

Amalan Setiap Hari


Bismillahirrahmanirrahim
Antara perkara yg perlu dijadikan amalan harian.
Alhamdulillah, terima kasih kpd yg memberi perngatan yg sgt berguna nie. 

Istiqomah dlm mndisiplinkan diri. Moga Allah redha agar kita sentiasa berjaya dan cemerlang dlm hidup  hihi..taqabbalallaahu minna wa minkum - “semoga Allah menerima (ibadah) kami dan (ibadah) kalian." :D