Sunday 4 May 2014

Lost...

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
Segala puji hanya padaMu ya Allah

Sejak 2 minggu lepas diri ini sering ditanya olh seseorang akan tujuan dan matlamat hidup ini...
Membuatkan aku berfikir sejenak...

"Apakah tujuan hidup ini????"
Satu soalan yg cukup mudah...
Namun, pelbagai jawapan bermain di benak fikiran...

Adakah hidup kita ini untuk hanya beribadah kepada Allah???
Adakah untuk peroleh kejayaan???
Adakah untuk menjadi anak yg soleh dan membanggakan org tua???
Adakah untuk makan, tido dan bersenang lenang???
Atau adakah untuk bekerja dan membantu org susah???

Hurmmmmmm

Hakikatnya, jawapan yg dikehendaki cukup mudah dan padat...
Aku diberitahu

"Tujuan kita hidup ini adalah untuk mencari REDHA Allah" 

Jawapan yg amat ringkas tetapi sgt padat...

Sebagai penjelasan. Setiap perkara yg kita lakukan, yg plg penting sekali ialah mndapat keredhaan Allah. Tanpa, redha Allah mungkin rezeki dan kejayaan yg kita miliki tidak akan kekal lama. Mungkin perkahwinan yg kita bina bakal menempuh halangan. Mungkin kemewahan yg kita miliki masih membuat kita tidak bahagia.

InsyaaAllah, sama2 kita berusaha untuk mencari REDHA Allah dlm setiap perkara yg kita lakukan.

Moga Allah permudahkan segala urusan kita.

Akhir kalam, jgn lupa mari kita sama2 mendoakan saudara2 kita yg ditindas. InsyaaAllah kemenangan pasti milik Islam...

Wassalam~

No comments:

Post a Comment

hey, what do you think ^_^