Friday 11 April 2014

Nak Kahwin??? Nak jadi Isteri???


Siapa tu Saidatina Aisyah???

Saidatina Aisyah merupakan isteri kesayangan Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah ^_^

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda,
“Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata kepadaku, ’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata engkaulah orangnya”. Aisyah lantas menjawab,” Kalau hal ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya” [HR Bukhari dan Muslim].
Beliaulah penyeri hidup Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah radiallahu anha. Gaya lincahnya membuatkan Rasulullah sering terhibur. Kehidupan rumah tangga mereka dipenuhi suasana ceria, bahagia dan tenteram. Beliau amat bersungguh-sungguh dalam memupuk kasih sayang dan menarik perhatian Rasulullah. Perkara-perkara yang digemari Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam sangat diutamakannya. Beliau sering mencari-cari kesempatan merapatkan hubungan dengan keluarga baginda. Penampilan dirinya sentiasa dijaga agar kemas, cantik, harum dengan wangi-wangian yang disukai suaminya, Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.

Saidatina Aisyah bukan sahaja mempunyai personaliti yg baik, malah seorang yg sgt bijak dan pintar. Beliau juga merupakan seorang ilmuan yg unggul. 
Beliau merupakan contoh isteri yg baik untk dijadikan sebagai "role model".
Nak jadi pasangan yang romantis??? Maka contohilah keperibadian Saidatina Aisyah.
Walaupun seorang yang kuat cemburu, namun cemburunya itu tanda besarnya cinta terhadap Rasulullah.
Aisyah menceritakan, “Suatu ketika Rasulullah SAW berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda sedang marah.’ Aku bertanya, ‘Bagaimana kanda tahu?’ Baginda menjawab, ‘Jika dinda sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad! Tapi jika sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi Tuhan Ibrahim! Aisyah berkata, ‘Itu benar. Demi Allah ! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.’” (Muttafaqun Alaih).

Apa2 pun biarlah bercinta apabila sudah mnjadi yang halal. Bercinta selepas kahwin itu kan lebih indah dan romantis ♡♡♡

Allahumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad :')

No comments:

Post a Comment

hey, what do you think ^_^