Sunday 27 April 2014

Hati ini...

Bismillahirrahmanirrahim...

Andai aku seorang penulis
Akan ku coretkan rasa hati

Andai aku seorang penulis
Akan ku bukukan pengembaraan diri

Andai aku seorang penulis
Akan ku bukakan mata hati

Ada apa dengan hati???

Hati manusia yg rakus akan duniawi
Hati manusia yg tiada rasa kasihani
Hati manusia yg hukum agama diketepi
Hati manusia yg hanya menabur janji

Biar pena berbicara...
Lidah tanpa kata...
Alam semesta menjadi saksi...
Banyak hati kini dicemari...

Wassalam~


Ujian Allah...

Bismillahirrahmanirrahim...
Apakah yg dikatakan dgn ujian Allah???

Andai diri ini kecundang
Andai diri ini gagal
Andai diri ini kelaparan
Andai diri ini resah
Andai diri ini kehilangan

Fikirkanlah...

Adakah mereka maju???
Adakah mereka berjaya???
Adakah mereka kekenyangan???
Adakah mereka gembira???
Adakah mereka miliki segala???

Allahu :'(

Seberat mana pun kita diduga 
Pasti ada yg lebih hebat ujiannya

Namun...
Kita masih punya ilmu untuk amalan
Agar kita terus tetapkan iman

Kerana...
Ilmu tanpa amal
Ibarat pohon tanpa buah

Di sini...
Kita belajar erti sebuah kehidupan
Kita belajar menjadi lebih dewasa
Kita belajar melalui pengalaman


Wassalam~

Saturday 26 April 2014

Apa yang Paling BERAT???

Bismillahirrahmanirrahim...
Masih punya tangan untuk memberi
Masih punya kaki untuk melangkah
Masih punya tenaga untuk bekerja
Masih punya akal untuk berfikir

Alhamdulillah...
Segala puji hanya untuk-Mu Ya Rabb

Hidup di dunia ingin miliki segala
Ingin sentiasa di puncak dunia
Ingin sentiasa menjadi kaya

Namun...
Mari kita fikir sejenak
Tidakkah kita ini terlalu tamak???
Berasa diri ini hebat???
Apakah kita mampu???

Manusia oh manusia...
Allahu
Ampunilah dosa-dosa kami
Atas segala kekhilafan kami
Sesungguhnya kami ini kerdil
Andai kami tahu betapa beratnya
"AMANAH"

Maka...
Tidaklah kami hanya mengejar nikmat dunia






Wednesday 16 April 2014

Jangan tidur lagi!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Sedikit pesanan untuk sahabat2 sekalian ^_^



InsyaaAllah, apa pun yg kita buat pastikan letak Allah tu no 1 :)
Allah jadikan malam untuk kita berehat setelah penat seharian bekerja...
Sebelum kita tidur jangan lupa untuk Solat Sunat Witir dan membaca surah Al-Mulk
Solat sunat witir ni solat sunat yg Rasulullah s.a.w tak pernah tinggal...
Banyak manfaatnya solat sunat witir ni...

Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta-unta yang terbaik. Iaitulah Solat Witir. Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah


Begitu juga dengan membaca surah Al-Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

InsyaaAllah, jadikan dua amalan ini sebagai rutin setiap hari sebelum tidur...
Moga memberi banyak manfaat...

~Wassalam~

USRAH...

Alhamdulillah...
Salah satu daripada impian aku dah tercapai...
Yeaaahhhhhhhh ^_^
Seronok sangat2 kui3
Dah lama sangat aku teringin nak join usrah...
And today is my very 1st time attending usrah...
Apa itu usrah???
Bak kata kakak usrah aku, Usrah tu bermaksud keluarga
Baru hari ni aku tahu 
Selama ni tertanya2 dan x pernah tahu pun cuma teringin sangat nak join
Hehehehehe



Banyak sangat input yang aku dapat hari ni...
Walaupun basically apa yang akak bagitahu memang dah tahu...
Hurmmmmm
Allahu, terharu sgt...
Eventhough aku sorang je yang dtg hari ni, akak bersemangat sangat :')

Ya Allah, dulu kalau ada majlis ilmu je mesti cari macam2 alasan sebab malas...
Teringat zaman sekolah dulu masa bulan Ramadan, setiap pg semua student wajib dgr tazkirah, tapi aku x pernah pun pergi. Mesti duduk dalam class lepak dengan kawan2. Sama jugak masa waktu rehat wajib pergi surau solat Dhuha berjemaah. Tu pun slalu x pergi. huhuhuhuhu

Akak ada cakap, "orang yg datang ke majlis ilmu ni sebenarnya org yg terpilih"...
Alhamdulillah...
Moga aku dapat terus istiqomah, InsyaaAllah...

~Wassalam~ 

Friday 11 April 2014

Sahabat ♡♡♡


Alhamdulillah, disini bermulanya sebuah persahabatan... ^_^
Allahu. Rindunya sahabat2 masa sekolah dulu especially Azirah n Zahirah. Bestfriend tu hehehe lama giller dah x jumpa. Blh kata dh lbh setahun laaa huhuhu :'( entah bila nk jumpa blk pun x tahu la. InsyaaAllah, ada rezeki adala tu nnti :)
X lupa juga kwn2 matrix. Sangat x sangka, sungguh kuat ukhuwah dgn kwn2 matrix nie. Masih ligat keep in touch smpai skarang. Susah, senang, segala masalah semua dikongsi bersama. Alhamdulillah bersyukur sgt2 dapat kwn2 yg mcm nie. Walaupun selalu brgaduh, kata mengata tapi itu semua kami anggap sbg gurauan sesama rakan. Sikit pun x pernh ambil hati. We give and take in everything hehehe. InsyaaAllah, kita semua msti akn brkumpul balik. Indahnyaaa zaman2 kat matrix dulu hihihi :D
Hurmmmm what else arrr???
Of course my one and only buddy. No need to mention, she knows who she is ♡ hehehe
Rindu sgt2. Sejak masuk sem2 kt U nie, jarang sgt contact. Busy sgt future accountant tu kih3. If only u know how much i really miss u. Rindu nk gurau2, gaduh2 manja mcm dulu. Rindu nk story morryyy. Byk sgt nk story morry nie hehehe. InsyaaAllah, we'll find a day for us to date again weeeee. Alhamdulillah, sahabat dari sekolah yg masih kekal sampai sekarang walaupun pernh ada few misunderstandings. The good thing is we manage to overcome and settle it nicely ^_^ Semoga persahabatan ini kekal hingga ke Jannah. Sayang kamu wahai sahabat Lillahita'ala ♡





Nak Kahwin??? Nak jadi Isteri???


Siapa tu Saidatina Aisyah???

Saidatina Aisyah merupakan isteri kesayangan Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah ^_^

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda,
“Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata kepadaku, ’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata engkaulah orangnya”. Aisyah lantas menjawab,” Kalau hal ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya” [HR Bukhari dan Muslim].
Beliaulah penyeri hidup Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah radiallahu anha. Gaya lincahnya membuatkan Rasulullah sering terhibur. Kehidupan rumah tangga mereka dipenuhi suasana ceria, bahagia dan tenteram. Beliau amat bersungguh-sungguh dalam memupuk kasih sayang dan menarik perhatian Rasulullah. Perkara-perkara yang digemari Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam sangat diutamakannya. Beliau sering mencari-cari kesempatan merapatkan hubungan dengan keluarga baginda. Penampilan dirinya sentiasa dijaga agar kemas, cantik, harum dengan wangi-wangian yang disukai suaminya, Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.

Saidatina Aisyah bukan sahaja mempunyai personaliti yg baik, malah seorang yg sgt bijak dan pintar. Beliau juga merupakan seorang ilmuan yg unggul. 
Beliau merupakan contoh isteri yg baik untk dijadikan sebagai "role model".
Nak jadi pasangan yang romantis??? Maka contohilah keperibadian Saidatina Aisyah.
Walaupun seorang yang kuat cemburu, namun cemburunya itu tanda besarnya cinta terhadap Rasulullah.
Aisyah menceritakan, “Suatu ketika Rasulullah SAW berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda sedang marah.’ Aku bertanya, ‘Bagaimana kanda tahu?’ Baginda menjawab, ‘Jika dinda sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad! Tapi jika sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi Tuhan Ibrahim! Aisyah berkata, ‘Itu benar. Demi Allah ! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.’” (Muttafaqun Alaih).

Apa2 pun biarlah bercinta apabila sudah mnjadi yang halal. Bercinta selepas kahwin itu kan lebih indah dan romantis ♡♡♡

Allahumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad :')

Tuesday 8 April 2014

Nak couple ehhhh

JOM COUPLE!!! ^_^
eeehhhhh jaaaapppp, fikir dulu :') hehehe nie la tajuk entry kali ini...
Islam tidak menghalang kita bercinta. Cinta tu kn fitrah setiap manusia. Siapa yg x nak menyayangi dan disayangi hikhikhik. Apa2 pun bercinta tu biarlah bila masing2 dh menjadi yg halal. Kn lbh sweet dan romantis ♡♡♡

Okaayyyy, jom baca cerita nie dulu ;)

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di sebuah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh.

Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan.

Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni.

Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq.

Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya."Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya.

Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat.

Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh.

Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”


Tercengang Ustaz tu lalu terus berlalu sambil Istighfar. Esoknya aku berjumpa Ustaz berkenaan dan tanyakan kepadanya kenapa tidak singgah makan bersama. Lalu Ustaz tu cakaplah kat aku... 'yang haram tetap haram dan tiada pemudahcara bagi menghalalkan yang haram...'

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas..

Dah baca??? Nie hasil minum KOPI & mkn PASTA ;) hahaha

InsyaaAllah moga bermanfaat buat semua ^_^

Mari berselawat... Allahumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad ♡♡♡

Friday 4 April 2014

Still in USM

Disaat semua org dah balik rumah untk cuti mid sem, aku masih lg di USM...hurmmm atas sebab tertentu, trpaksa blk rumah hari sabtu ptg. Jumaat mlm lg dh terasa sunyi je USM nie. 1st time experience kesunyian USM hahaha Alhamdulillah, Allah tdk mmbiarkn hamba-Nya ini kesorangan. X sangka kak Ana offer tido kt bilik dia. Kak Ana bg 2 helai tudung kt aku. Bezzz giller rasa. Hehehe ^_^ Byk input sebenarnya dpt drpd kak Ana. Kak Ana byk bg nasihat + naikkn semangat aku. Dia bg bc buku "La tahzan Terasing" byk input dpt dr buku tu act walaupun br baca sikit. Okayy done with that, nk dijadikan cerita. Pg tadi, kak Ana ajak keluar jenjalan kt pasar kemboja dgn kak Zai n kak Atiq. Ramai giller org kt sana siap ada rombongan lg hahaha mmg sesak x terkata arr. Pastu tgh hari mkn kt kedai Mak Su. Tahu2 je kak Ana dh tlg bayarkn mknn. Alhamdulillah, terima kasih sgt2 weeeee :') rezeki nie rezeki!!! Rasa seronok sgt x trkata. 1 perasaan yg aku x pernah rasa sebelum nie. Sebelum aku berhijrah. Br skarang aku paham maksud ukhuwah. Ya Allah indahnya ikhuwah tu. Ramai sebenarnya kenalan yg aku dpt sekarang :) kui3

Apa2 pun mari berselawat, moga kita brsama2 mndapat syafaat Baginda di akhirat kelak...
Allahumma solli'ala saiyyidina Muhammad ♡♡♡