Wednesday 11 February 2015

Kunci Rumah Hilang

Bismillahirrahmanirrahim
Alkisahnya di sini, kunci rumah dh lama hilang. Kira2 pkul 7.30 mlm, aku dibekalkan kunci mangga olh ibuku dek kerana x dk kunci rumah lbh. Abah kerja, mama pun kerja. Pkul 8 aku kena hantar adik prg tuition. Aku dh pesan awal2 jgn kunci tombol pintu sbb x dk kunci. Entah cmna adik aku muda2 dh nyanyuk. Dia pun kunci tombol pintu. Aku pun x perasan. Terus mangga pintu. Lps hantar adik aku, aku pun blk rumah. Mangga dibuka dan Alamakkkk!!! X boleh buka pintu. Adik aku dh kunci. Haiyooo Ape lg. X blh masuk rumahla jwbnyaaa. Nk tgg semua org blk lmbt lg. Dek kerana aku x solat maghrib lg, aku pun brgegas ke masjid dkt rumah aku. Masjid Bandar Baru Air Itam nmnya. Last aku singgah situ masa bln puasa lps tu pun sbb terawih. Cuti2 nie bkn senang mama abah nk bg keluar gi masjid saja2. Kebetulan hr tu ada kuliah maghrib yg disampaikn olh PU Shahul tgg sifat solat nabi. Alhamdulillah, ada jugak hikmah trkunci kt luar rumah. Dh lama rasanya x dgr pengisian secara live. Kak ana ckp "Aturan Allah semuanya terbaik untuk kita"

Pengajaran untk hr ini, jgn prnh merungut. Pasti ada ganjaran disebalik setiap kesulitan. Wallahua'lam...

Tuesday 26 August 2014

Solat Berjemaah???

Bismillahirrahmanirrahim...
Sedang aku termenung, teringat aku akan seorang adik yang hidupnya hanya tahu untuk berseronok.
Ya...seorang adik yang sangat nakal.
Seorang yang hidupnya penuh dengan alasan. 
Al kisah, tersangat beruntung adik ini. Ya, beruntung sekali. Kerana apa??? Kerana mempunyai sahabat yg baik-baik. Sahabat yang sering mengingatkan tentang solat. Pernah suatu ketika pada waktu rehat selepas kelas, seorang sahabat berkata kepadanya "Weyyyy!!! dah masuk waktu nie. Jom la solat dulu kat surau. Nak balik bilik takut tak sempat. Setengah jam lagi kelas nak mula." Dijawabnya "Alaaaaaaaaaaaa......kejap lagi lepas habis kelas pun sempat ja nak balik bilik solat. Hang solat la dulu, nnti aku solat kat bilik lepas kelas." Begitulah alasan yang sering diberi. Entah kenapa, adik itu lebih suka memberi alasan setiap kali diajak untuk solat berjemaah. Bahkan lebih suka untuk solat secara sendirian. Namun, tidakkah disedarinya yang solat secara berjemaah itu lebih tinggi ganjaran pahalanya. Serta solat itu juga amalan pertama yang akan dihisab. Oleh itu, solat haruslah disegerakan.
Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.”

Daripada Abdullah bin Umar radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,maksudnya: “Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda.”

Jom solat berjemaah. Besttttttttttt!!! Rasa nikmat solat itu lebih dari solat bersendirian. Ya Allah...rindunya nak solat berjemaah. Peluang yang sangat susah nak dapat bila cuti duduk kat rumah.

Siapakah adik itu??? Wallaua'lam. Yang penting iktibar dan pengjaran yang harus diambil. Moga ibadah kita diterima Allah. Taqaballahu minna wa minkum.



Wassalam...




Wednesday 6 August 2014

Amalan Setiap Hari


Bismillahirrahmanirrahim
Antara perkara yg perlu dijadikan amalan harian.
Alhamdulillah, terima kasih kpd yg memberi perngatan yg sgt berguna nie. 

Istiqomah dlm mndisiplinkan diri. Moga Allah redha agar kita sentiasa berjaya dan cemerlang dlm hidup  hihi..taqabbalallaahu minna wa minkum - “semoga Allah menerima (ibadah) kami dan (ibadah) kalian." :D

Wednesday 18 June 2014

Kebergantungan Hanya Pada Allah

Bismillahirrahmanirrahim...
Whoaaaaa lama rasanya tak update blog
Busy bebenor ngan exam
And now im home
Hoooraaaayyyyy
Okayyy!!! Nak cita apa eh hr nie???
Hurmmmm
First of all
Alhamdulillah. Finally tamat sudah tahun 1 aku kt USM nie. Kalau ditanya perasannya mmg jauh beza sekarang dgn masa mula2 masuk USM dulu. Yeaaayyyyy. Br skarang aku faham yg perancangan Allah nie mmg sentiasa terbaik. Walaupun aku sorang je yg tercamapak kt USM nie without knowing anyone at first, tapi skarang rasa seronok sgt dapat belajar kat sini. Dalam masa beberapa bulan je starting few weeks lps masuk sem 2 betul2 dh ubah hidup aku. Alhamdulillah mungkin aku x kn jd mcm mn aku skarang kalau aku x study kat sini. Byk sgt pengalaman berharga sepanjang kat sini. Terima kasih buat kawan2, senior2 yg byk membantu aku kt sini.
Byk sgt benda baru yg aku belajar. 
Ya Allah...
Sungguh aku jahil dahulunya...
Kini aku bangkit...
Bangkit...
Untuk menjadi seorang Mujahidah...
Setiap org Islam diberi amanah dan tanggungjawab di atas dunia ini...
Nak tahu apa???
Berdakwah dan menyebarkan Islam...
Itu yg aku pegang...
InsyaaAllah...
Kita merancang dan berusaha...
Selebihnya kita berserah kpd Allah...
100% kebergantungan kita hanya kpd Allah
Alhamdulillah...
Allah temukan aku dgn seseorang yg telah byk sgt mengajar aku tentang Islam. Aku baru sedar dahulunya aku hanya Islam pada nama, pada ic. Byk sgt benda yg aku x tahu. Hidup bagaikan mengikut adat. Org solat, aku solat. Org puasa, aku puasa. Namun pengisiannya kosong. Aku langsung x pernah ambil tahu ttg isu semasa. Aku langsung x pernh terfikir yg aku jua mempunyai peranan dlm menegakkan Islam.
Allahu :'(
Moga Allah ampuni dosa2 aku yg jahil pada dahulunya.
Syukur tak trhingga...
Terima kasih di atas nasihat yg diberikan. Cerita yg tlh dilontarkan. Pengalaman yg tlh dijadikan tauladan.
Moga sentiasa dirahmati Allah...
Aku juga ingin menjadi sepertimu ya ukhti
Moga Allah permudahkan urusan kita :)
Ayuh kita sama2 beri peranan ^_^
Doakan aku
Moga dapat terus istiqomah
InsyaaAllah

Oh yaaa sebelum terlupa...
Buat shabat handai yg masih belum habis exam...
Semoga berjaya yaaa ^_^
Doaku sentiasa bersama kalian
Kihkihkihkih

Assalamualaikum :")


Monday 19 May 2014

Jom Solat Dhuha

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Tak tahu aku nak mula cerita macam mana. Sejak beberapa minggu kat USM nie, bila tiba weekend ja aku rasa dah macam study week. Rasa yang amat malas nk turun gi cafe beli makanan. Terlalu banyak assaignment, mini project nak kena buat bila dh hujung sem nie. Memang terperap je la aku dalam bilik. Nak balik rumah??? Memang x kn berjalan langsung la kerja aku. 

Tapi Alhamdulillah, Allah x pernah membiarkan hamba-Nya ini kelaparan. Tiba2 je ada org tlg belikn makanan. Memang rezeki betul. Aku kalau bab makan free nie mmg konfim x kn tolak punya la. HAHAHAHA ;) Dah beberapa minggu sebenarnya cmnie. Tambah pulak dgn ATM kat sini rosak n masalah dgn kad pulak, lg la malas nk keluar gi cucuk duit sbb asyik musim hujan lebat je. Mmg terpaksa berjimat la belanja. Dalam kesempitan nie, ada yg sudi pinjamkan duit. Segan sebenarnya. Aku bukannya jenis yg suka pinjam duit orang. Apa2 pun ini yg dinamakan rezeki :)

Jom kita sentiasa amalkan solat Dhuha
Nescaya, Allah akan membuka seluas2 pintu rezeki
Wallahua'lam 


Tuesday 6 May 2014

Ada apa pada cinta

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Ada apa pada cinta???

Tika anak mata meluru ke luar jendela
Terlihat kebesaran yg maha Esa
MasyaaAllah
Sungguh indah ciptaannya
Sungguh sempurna aturannya
Bila bicara soal manusia
Kisah hati pautan utama
Tua muda tiada beza
Masing-masing punya rasa

Ada apa pada cinta???

Kisah kita
Sering berbica
Akan cinta manusia
Yg blm pasti milik kita
Yg tiada pasti jaminannya

Manusia mudah alpa
Manusia mudah leka
Trlalu mengejar nikmat dunia
Hingga kadang trlupa 
Akan cinta kpd yg maha Esa



Allahu :'(
Moga Allah ampuni dosa-dosa kami
Yg terlalu asyik mengejar duniawi
Yakin dengan janji Ilahi
Rezeki tak kan pernah lari
Bila tiba masa nanti
Akan hadir cinta sejati
Janji Allah itu pasti

Wassalam~

Sunday 4 May 2014

Lost...

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
Segala puji hanya padaMu ya Allah

Sejak 2 minggu lepas diri ini sering ditanya olh seseorang akan tujuan dan matlamat hidup ini...
Membuatkan aku berfikir sejenak...

"Apakah tujuan hidup ini????"
Satu soalan yg cukup mudah...
Namun, pelbagai jawapan bermain di benak fikiran...

Adakah hidup kita ini untuk hanya beribadah kepada Allah???
Adakah untuk peroleh kejayaan???
Adakah untuk menjadi anak yg soleh dan membanggakan org tua???
Adakah untuk makan, tido dan bersenang lenang???
Atau adakah untuk bekerja dan membantu org susah???

Hurmmmmmm

Hakikatnya, jawapan yg dikehendaki cukup mudah dan padat...
Aku diberitahu

"Tujuan kita hidup ini adalah untuk mencari REDHA Allah" 

Jawapan yg amat ringkas tetapi sgt padat...

Sebagai penjelasan. Setiap perkara yg kita lakukan, yg plg penting sekali ialah mndapat keredhaan Allah. Tanpa, redha Allah mungkin rezeki dan kejayaan yg kita miliki tidak akan kekal lama. Mungkin perkahwinan yg kita bina bakal menempuh halangan. Mungkin kemewahan yg kita miliki masih membuat kita tidak bahagia.

InsyaaAllah, sama2 kita berusaha untuk mencari REDHA Allah dlm setiap perkara yg kita lakukan.

Moga Allah permudahkan segala urusan kita.

Akhir kalam, jgn lupa mari kita sama2 mendoakan saudara2 kita yg ditindas. InsyaaAllah kemenangan pasti milik Islam...

Wassalam~