Tuesday 26 August 2014

Solat Berjemaah???

Bismillahirrahmanirrahim...
Sedang aku termenung, teringat aku akan seorang adik yang hidupnya hanya tahu untuk berseronok.
Ya...seorang adik yang sangat nakal.
Seorang yang hidupnya penuh dengan alasan. 
Al kisah, tersangat beruntung adik ini. Ya, beruntung sekali. Kerana apa??? Kerana mempunyai sahabat yg baik-baik. Sahabat yang sering mengingatkan tentang solat. Pernah suatu ketika pada waktu rehat selepas kelas, seorang sahabat berkata kepadanya "Weyyyy!!! dah masuk waktu nie. Jom la solat dulu kat surau. Nak balik bilik takut tak sempat. Setengah jam lagi kelas nak mula." Dijawabnya "Alaaaaaaaaaaaa......kejap lagi lepas habis kelas pun sempat ja nak balik bilik solat. Hang solat la dulu, nnti aku solat kat bilik lepas kelas." Begitulah alasan yang sering diberi. Entah kenapa, adik itu lebih suka memberi alasan setiap kali diajak untuk solat berjemaah. Bahkan lebih suka untuk solat secara sendirian. Namun, tidakkah disedarinya yang solat secara berjemaah itu lebih tinggi ganjaran pahalanya. Serta solat itu juga amalan pertama yang akan dihisab. Oleh itu, solat haruslah disegerakan.
Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.”

Daripada Abdullah bin Umar radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,maksudnya: “Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda.”

Jom solat berjemaah. Besttttttttttt!!! Rasa nikmat solat itu lebih dari solat bersendirian. Ya Allah...rindunya nak solat berjemaah. Peluang yang sangat susah nak dapat bila cuti duduk kat rumah.

Siapakah adik itu??? Wallaua'lam. Yang penting iktibar dan pengjaran yang harus diambil. Moga ibadah kita diterima Allah. Taqaballahu minna wa minkum.



Wassalam...




Wednesday 6 August 2014

Amalan Setiap Hari


Bismillahirrahmanirrahim
Antara perkara yg perlu dijadikan amalan harian.
Alhamdulillah, terima kasih kpd yg memberi perngatan yg sgt berguna nie. 

Istiqomah dlm mndisiplinkan diri. Moga Allah redha agar kita sentiasa berjaya dan cemerlang dlm hidup  hihi..taqabbalallaahu minna wa minkum - “semoga Allah menerima (ibadah) kami dan (ibadah) kalian." :D

Wednesday 18 June 2014

Kebergantungan Hanya Pada Allah

Bismillahirrahmanirrahim...
Whoaaaaa lama rasanya tak update blog
Busy bebenor ngan exam
And now im home
Hoooraaaayyyyy
Okayyy!!! Nak cita apa eh hr nie???
Hurmmmm
First of all
Alhamdulillah. Finally tamat sudah tahun 1 aku kt USM nie. Kalau ditanya perasannya mmg jauh beza sekarang dgn masa mula2 masuk USM dulu. Yeaaayyyyy. Br skarang aku faham yg perancangan Allah nie mmg sentiasa terbaik. Walaupun aku sorang je yg tercamapak kt USM nie without knowing anyone at first, tapi skarang rasa seronok sgt dapat belajar kat sini. Dalam masa beberapa bulan je starting few weeks lps masuk sem 2 betul2 dh ubah hidup aku. Alhamdulillah mungkin aku x kn jd mcm mn aku skarang kalau aku x study kat sini. Byk sgt pengalaman berharga sepanjang kat sini. Terima kasih buat kawan2, senior2 yg byk membantu aku kt sini.
Byk sgt benda baru yg aku belajar. 
Ya Allah...
Sungguh aku jahil dahulunya...
Kini aku bangkit...
Bangkit...
Untuk menjadi seorang Mujahidah...
Setiap org Islam diberi amanah dan tanggungjawab di atas dunia ini...
Nak tahu apa???
Berdakwah dan menyebarkan Islam...
Itu yg aku pegang...
InsyaaAllah...
Kita merancang dan berusaha...
Selebihnya kita berserah kpd Allah...
100% kebergantungan kita hanya kpd Allah
Alhamdulillah...
Allah temukan aku dgn seseorang yg telah byk sgt mengajar aku tentang Islam. Aku baru sedar dahulunya aku hanya Islam pada nama, pada ic. Byk sgt benda yg aku x tahu. Hidup bagaikan mengikut adat. Org solat, aku solat. Org puasa, aku puasa. Namun pengisiannya kosong. Aku langsung x pernah ambil tahu ttg isu semasa. Aku langsung x pernh terfikir yg aku jua mempunyai peranan dlm menegakkan Islam.
Allahu :'(
Moga Allah ampuni dosa2 aku yg jahil pada dahulunya.
Syukur tak trhingga...
Terima kasih di atas nasihat yg diberikan. Cerita yg tlh dilontarkan. Pengalaman yg tlh dijadikan tauladan.
Moga sentiasa dirahmati Allah...
Aku juga ingin menjadi sepertimu ya ukhti
Moga Allah permudahkan urusan kita :)
Ayuh kita sama2 beri peranan ^_^
Doakan aku
Moga dapat terus istiqomah
InsyaaAllah

Oh yaaa sebelum terlupa...
Buat shabat handai yg masih belum habis exam...
Semoga berjaya yaaa ^_^
Doaku sentiasa bersama kalian
Kihkihkihkih

Assalamualaikum :")


Monday 19 May 2014

Jom Solat Dhuha

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Tak tahu aku nak mula cerita macam mana. Sejak beberapa minggu kat USM nie, bila tiba weekend ja aku rasa dah macam study week. Rasa yang amat malas nk turun gi cafe beli makanan. Terlalu banyak assaignment, mini project nak kena buat bila dh hujung sem nie. Memang terperap je la aku dalam bilik. Nak balik rumah??? Memang x kn berjalan langsung la kerja aku. 

Tapi Alhamdulillah, Allah x pernah membiarkan hamba-Nya ini kelaparan. Tiba2 je ada org tlg belikn makanan. Memang rezeki betul. Aku kalau bab makan free nie mmg konfim x kn tolak punya la. HAHAHAHA ;) Dah beberapa minggu sebenarnya cmnie. Tambah pulak dgn ATM kat sini rosak n masalah dgn kad pulak, lg la malas nk keluar gi cucuk duit sbb asyik musim hujan lebat je. Mmg terpaksa berjimat la belanja. Dalam kesempitan nie, ada yg sudi pinjamkan duit. Segan sebenarnya. Aku bukannya jenis yg suka pinjam duit orang. Apa2 pun ini yg dinamakan rezeki :)

Jom kita sentiasa amalkan solat Dhuha
Nescaya, Allah akan membuka seluas2 pintu rezeki
Wallahua'lam 


Tuesday 6 May 2014

Ada apa pada cinta

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Ada apa pada cinta???

Tika anak mata meluru ke luar jendela
Terlihat kebesaran yg maha Esa
MasyaaAllah
Sungguh indah ciptaannya
Sungguh sempurna aturannya
Bila bicara soal manusia
Kisah hati pautan utama
Tua muda tiada beza
Masing-masing punya rasa

Ada apa pada cinta???

Kisah kita
Sering berbica
Akan cinta manusia
Yg blm pasti milik kita
Yg tiada pasti jaminannya

Manusia mudah alpa
Manusia mudah leka
Trlalu mengejar nikmat dunia
Hingga kadang trlupa 
Akan cinta kpd yg maha Esa



Allahu :'(
Moga Allah ampuni dosa-dosa kami
Yg terlalu asyik mengejar duniawi
Yakin dengan janji Ilahi
Rezeki tak kan pernah lari
Bila tiba masa nanti
Akan hadir cinta sejati
Janji Allah itu pasti

Wassalam~

Sunday 4 May 2014

Lost...

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
Segala puji hanya padaMu ya Allah

Sejak 2 minggu lepas diri ini sering ditanya olh seseorang akan tujuan dan matlamat hidup ini...
Membuatkan aku berfikir sejenak...

"Apakah tujuan hidup ini????"
Satu soalan yg cukup mudah...
Namun, pelbagai jawapan bermain di benak fikiran...

Adakah hidup kita ini untuk hanya beribadah kepada Allah???
Adakah untuk peroleh kejayaan???
Adakah untuk menjadi anak yg soleh dan membanggakan org tua???
Adakah untuk makan, tido dan bersenang lenang???
Atau adakah untuk bekerja dan membantu org susah???

Hurmmmmmm

Hakikatnya, jawapan yg dikehendaki cukup mudah dan padat...
Aku diberitahu

"Tujuan kita hidup ini adalah untuk mencari REDHA Allah" 

Jawapan yg amat ringkas tetapi sgt padat...

Sebagai penjelasan. Setiap perkara yg kita lakukan, yg plg penting sekali ialah mndapat keredhaan Allah. Tanpa, redha Allah mungkin rezeki dan kejayaan yg kita miliki tidak akan kekal lama. Mungkin perkahwinan yg kita bina bakal menempuh halangan. Mungkin kemewahan yg kita miliki masih membuat kita tidak bahagia.

InsyaaAllah, sama2 kita berusaha untuk mencari REDHA Allah dlm setiap perkara yg kita lakukan.

Moga Allah permudahkan segala urusan kita.

Akhir kalam, jgn lupa mari kita sama2 mendoakan saudara2 kita yg ditindas. InsyaaAllah kemenangan pasti milik Islam...

Wassalam~

Thursday 1 May 2014

Pengalaman Berharga

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah...

Hari nie dpt pengalaman baru
Pengalaman apa ea???
Okayyy
Pengalaman menjadi seorang imam

Tak sangka dapat jugak belajar jadi seorang imam

Nervous rasa sbb x reti baca surah yang panjang2
Doa lps solat pun pendek je
Hurmmmm

Tak pe...
Di sini kita belajar perbaiki diri
InsyaaAllah 

Lepas nie dh boleh mula hafal pelan2 surah2 lazim yg panjang sikit
Hafal zikir dan doa lps solat yg proper sikit

Alhamdulillah, bila dpt luangkan seharian dan bermalam di bilik seorang senior baru tahu yg sebenarnya terlalu byk yg perlu aku belajar. Walaupun untk sehari, aku dh blh nmpak mcm mn perilaku dan rutin sehariannya...
MasyaaAllah
Seorang yg sgt menjaga akhlak dan hubungan dgn Allah. Sungguh malu diri ini...

InsyaaAllah, melalui pengalaman nie aku dpt lebih perbaiki diri ^_^

Wassalam ♡♡♡

Sunday 27 April 2014

Hati ini...

Bismillahirrahmanirrahim...

Andai aku seorang penulis
Akan ku coretkan rasa hati

Andai aku seorang penulis
Akan ku bukukan pengembaraan diri

Andai aku seorang penulis
Akan ku bukakan mata hati

Ada apa dengan hati???

Hati manusia yg rakus akan duniawi
Hati manusia yg tiada rasa kasihani
Hati manusia yg hukum agama diketepi
Hati manusia yg hanya menabur janji

Biar pena berbicara...
Lidah tanpa kata...
Alam semesta menjadi saksi...
Banyak hati kini dicemari...

Wassalam~


Ujian Allah...

Bismillahirrahmanirrahim...
Apakah yg dikatakan dgn ujian Allah???

Andai diri ini kecundang
Andai diri ini gagal
Andai diri ini kelaparan
Andai diri ini resah
Andai diri ini kehilangan

Fikirkanlah...

Adakah mereka maju???
Adakah mereka berjaya???
Adakah mereka kekenyangan???
Adakah mereka gembira???
Adakah mereka miliki segala???

Allahu :'(

Seberat mana pun kita diduga 
Pasti ada yg lebih hebat ujiannya

Namun...
Kita masih punya ilmu untuk amalan
Agar kita terus tetapkan iman

Kerana...
Ilmu tanpa amal
Ibarat pohon tanpa buah

Di sini...
Kita belajar erti sebuah kehidupan
Kita belajar menjadi lebih dewasa
Kita belajar melalui pengalaman


Wassalam~

Saturday 26 April 2014

Apa yang Paling BERAT???

Bismillahirrahmanirrahim...
Masih punya tangan untuk memberi
Masih punya kaki untuk melangkah
Masih punya tenaga untuk bekerja
Masih punya akal untuk berfikir

Alhamdulillah...
Segala puji hanya untuk-Mu Ya Rabb

Hidup di dunia ingin miliki segala
Ingin sentiasa di puncak dunia
Ingin sentiasa menjadi kaya

Namun...
Mari kita fikir sejenak
Tidakkah kita ini terlalu tamak???
Berasa diri ini hebat???
Apakah kita mampu???

Manusia oh manusia...
Allahu
Ampunilah dosa-dosa kami
Atas segala kekhilafan kami
Sesungguhnya kami ini kerdil
Andai kami tahu betapa beratnya
"AMANAH"

Maka...
Tidaklah kami hanya mengejar nikmat dunia






Wednesday 16 April 2014

Jangan tidur lagi!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Sedikit pesanan untuk sahabat2 sekalian ^_^



InsyaaAllah, apa pun yg kita buat pastikan letak Allah tu no 1 :)
Allah jadikan malam untuk kita berehat setelah penat seharian bekerja...
Sebelum kita tidur jangan lupa untuk Solat Sunat Witir dan membaca surah Al-Mulk
Solat sunat witir ni solat sunat yg Rasulullah s.a.w tak pernah tinggal...
Banyak manfaatnya solat sunat witir ni...

Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta-unta yang terbaik. Iaitulah Solat Witir. Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah


Begitu juga dengan membaca surah Al-Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

InsyaaAllah, jadikan dua amalan ini sebagai rutin setiap hari sebelum tidur...
Moga memberi banyak manfaat...

~Wassalam~

USRAH...

Alhamdulillah...
Salah satu daripada impian aku dah tercapai...
Yeaaahhhhhhhh ^_^
Seronok sangat2 kui3
Dah lama sangat aku teringin nak join usrah...
And today is my very 1st time attending usrah...
Apa itu usrah???
Bak kata kakak usrah aku, Usrah tu bermaksud keluarga
Baru hari ni aku tahu 
Selama ni tertanya2 dan x pernah tahu pun cuma teringin sangat nak join
Hehehehehe



Banyak sangat input yang aku dapat hari ni...
Walaupun basically apa yang akak bagitahu memang dah tahu...
Hurmmmmm
Allahu, terharu sgt...
Eventhough aku sorang je yang dtg hari ni, akak bersemangat sangat :')

Ya Allah, dulu kalau ada majlis ilmu je mesti cari macam2 alasan sebab malas...
Teringat zaman sekolah dulu masa bulan Ramadan, setiap pg semua student wajib dgr tazkirah, tapi aku x pernah pun pergi. Mesti duduk dalam class lepak dengan kawan2. Sama jugak masa waktu rehat wajib pergi surau solat Dhuha berjemaah. Tu pun slalu x pergi. huhuhuhuhu

Akak ada cakap, "orang yg datang ke majlis ilmu ni sebenarnya org yg terpilih"...
Alhamdulillah...
Moga aku dapat terus istiqomah, InsyaaAllah...

~Wassalam~ 

Friday 11 April 2014

Sahabat ♡♡♡


Alhamdulillah, disini bermulanya sebuah persahabatan... ^_^
Allahu. Rindunya sahabat2 masa sekolah dulu especially Azirah n Zahirah. Bestfriend tu hehehe lama giller dah x jumpa. Blh kata dh lbh setahun laaa huhuhu :'( entah bila nk jumpa blk pun x tahu la. InsyaaAllah, ada rezeki adala tu nnti :)
X lupa juga kwn2 matrix. Sangat x sangka, sungguh kuat ukhuwah dgn kwn2 matrix nie. Masih ligat keep in touch smpai skarang. Susah, senang, segala masalah semua dikongsi bersama. Alhamdulillah bersyukur sgt2 dapat kwn2 yg mcm nie. Walaupun selalu brgaduh, kata mengata tapi itu semua kami anggap sbg gurauan sesama rakan. Sikit pun x pernh ambil hati. We give and take in everything hehehe. InsyaaAllah, kita semua msti akn brkumpul balik. Indahnyaaa zaman2 kat matrix dulu hihihi :D
Hurmmmm what else arrr???
Of course my one and only buddy. No need to mention, she knows who she is ♡ hehehe
Rindu sgt2. Sejak masuk sem2 kt U nie, jarang sgt contact. Busy sgt future accountant tu kih3. If only u know how much i really miss u. Rindu nk gurau2, gaduh2 manja mcm dulu. Rindu nk story morryyy. Byk sgt nk story morry nie hehehe. InsyaaAllah, we'll find a day for us to date again weeeee. Alhamdulillah, sahabat dari sekolah yg masih kekal sampai sekarang walaupun pernh ada few misunderstandings. The good thing is we manage to overcome and settle it nicely ^_^ Semoga persahabatan ini kekal hingga ke Jannah. Sayang kamu wahai sahabat Lillahita'ala ♡





Nak Kahwin??? Nak jadi Isteri???


Siapa tu Saidatina Aisyah???

Saidatina Aisyah merupakan isteri kesayangan Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah ^_^

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda,
“Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata kepadaku, ’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata engkaulah orangnya”. Aisyah lantas menjawab,” Kalau hal ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya” [HR Bukhari dan Muslim].
Beliaulah penyeri hidup Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah radiallahu anha. Gaya lincahnya membuatkan Rasulullah sering terhibur. Kehidupan rumah tangga mereka dipenuhi suasana ceria, bahagia dan tenteram. Beliau amat bersungguh-sungguh dalam memupuk kasih sayang dan menarik perhatian Rasulullah. Perkara-perkara yang digemari Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam sangat diutamakannya. Beliau sering mencari-cari kesempatan merapatkan hubungan dengan keluarga baginda. Penampilan dirinya sentiasa dijaga agar kemas, cantik, harum dengan wangi-wangian yang disukai suaminya, Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.

Saidatina Aisyah bukan sahaja mempunyai personaliti yg baik, malah seorang yg sgt bijak dan pintar. Beliau juga merupakan seorang ilmuan yg unggul. 
Beliau merupakan contoh isteri yg baik untk dijadikan sebagai "role model".
Nak jadi pasangan yang romantis??? Maka contohilah keperibadian Saidatina Aisyah.
Walaupun seorang yang kuat cemburu, namun cemburunya itu tanda besarnya cinta terhadap Rasulullah.
Aisyah menceritakan, “Suatu ketika Rasulullah SAW berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda sedang marah.’ Aku bertanya, ‘Bagaimana kanda tahu?’ Baginda menjawab, ‘Jika dinda sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad! Tapi jika sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi Tuhan Ibrahim! Aisyah berkata, ‘Itu benar. Demi Allah ! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.’” (Muttafaqun Alaih).

Apa2 pun biarlah bercinta apabila sudah mnjadi yang halal. Bercinta selepas kahwin itu kan lebih indah dan romantis ♡♡♡

Allahumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad :')

Tuesday 8 April 2014

Nak couple ehhhh

JOM COUPLE!!! ^_^
eeehhhhh jaaaapppp, fikir dulu :') hehehe nie la tajuk entry kali ini...
Islam tidak menghalang kita bercinta. Cinta tu kn fitrah setiap manusia. Siapa yg x nak menyayangi dan disayangi hikhikhik. Apa2 pun bercinta tu biarlah bila masing2 dh menjadi yg halal. Kn lbh sweet dan romantis ♡♡♡

Okaayyyy, jom baca cerita nie dulu ;)

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di sebuah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh.

Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan.

Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni.

Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq.

Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya."Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya.

Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat.

Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh.

Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”


Tercengang Ustaz tu lalu terus berlalu sambil Istighfar. Esoknya aku berjumpa Ustaz berkenaan dan tanyakan kepadanya kenapa tidak singgah makan bersama. Lalu Ustaz tu cakaplah kat aku... 'yang haram tetap haram dan tiada pemudahcara bagi menghalalkan yang haram...'

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas..

Dah baca??? Nie hasil minum KOPI & mkn PASTA ;) hahaha

InsyaaAllah moga bermanfaat buat semua ^_^

Mari berselawat... Allahumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad ♡♡♡

Friday 4 April 2014

Still in USM

Disaat semua org dah balik rumah untk cuti mid sem, aku masih lg di USM...hurmmm atas sebab tertentu, trpaksa blk rumah hari sabtu ptg. Jumaat mlm lg dh terasa sunyi je USM nie. 1st time experience kesunyian USM hahaha Alhamdulillah, Allah tdk mmbiarkn hamba-Nya ini kesorangan. X sangka kak Ana offer tido kt bilik dia. Kak Ana bg 2 helai tudung kt aku. Bezzz giller rasa. Hehehe ^_^ Byk input sebenarnya dpt drpd kak Ana. Kak Ana byk bg nasihat + naikkn semangat aku. Dia bg bc buku "La tahzan Terasing" byk input dpt dr buku tu act walaupun br baca sikit. Okayy done with that, nk dijadikan cerita. Pg tadi, kak Ana ajak keluar jenjalan kt pasar kemboja dgn kak Zai n kak Atiq. Ramai giller org kt sana siap ada rombongan lg hahaha mmg sesak x terkata arr. Pastu tgh hari mkn kt kedai Mak Su. Tahu2 je kak Ana dh tlg bayarkn mknn. Alhamdulillah, terima kasih sgt2 weeeee :') rezeki nie rezeki!!! Rasa seronok sgt x trkata. 1 perasaan yg aku x pernah rasa sebelum nie. Sebelum aku berhijrah. Br skarang aku paham maksud ukhuwah. Ya Allah indahnya ikhuwah tu. Ramai sebenarnya kenalan yg aku dpt sekarang :) kui3

Apa2 pun mari berselawat, moga kita brsama2 mndapat syafaat Baginda di akhirat kelak...
Allahumma solli'ala saiyyidina Muhammad ♡♡♡

Monday 31 March 2014

Rezeki...

Alhamdulillah, rezeki untuk hari ini akak gojes belanja mkn tomyam hehehe ^_^ dh lama sebenarnya teringin nk makan tapi x sangka pulak ada org nk belanja. Rasa segan pun ada sbb selalu sgt belanja mkn. Apa2 pun terima kasih byk2. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki dan mempermudahkan semua urusan akak. Akak gojes, someone yg aku dh anggap mcm kakak sendiri. Seorang pendengar yg baik, someone yg aku rasa selesa nk cita ape2 je. Sekali lg terima kasih byk2. Brsyukur sgt dpt kenal akak. Allah je yg mampu balas jasa baik akak :')
Sayaaaanggg akak lillahita'ala hihihi ♡♡♡

Friday 28 March 2014

Syahidah Pertama

Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Rasulullah menyeru"Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah.


Serba sedikit cerita mengenai beliau...

Adakah mampu kita menjadi seperti beliau???


Adakah mampu iman kita sehebat beliau???


Adakah mampu kita berkorban nyawa demi mempertahankan Islam???


Jawpannya kita harus boleh!!!


Makin hari Islam makin ditindas, maka kitalah yg harus bangkit!!!


Ayuh rakan2, marilah kita contohi seorang wanita yg hebat ini... MasyaaAllah beliau syahidah pertama yg dijamin syurga untuknya...


Bagaimana pula dengan nasib kita???


Masih jauh perjalanan kita...


Masih banyak yg perlu kita pelajari dan perjuangkan...


Kehidupan ini hanya sementara dalam dunia yg fana...


Mari kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w


Allahumma solli a'laaa saiyyidina Muhammad ^_^





Wednesday 26 March 2014

Kami Pendosa

Bismillahirrahmanirrahim....
Baru-baru ini seluruh dunia dikejutkan dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370. Kini, menurut Perdana Menteri kita kehilangan pesawat itu akibat terhempas di Lautan Hindi. Allahu Robbi. Innalillahiwainnailaihirojiun..... Moga ahli keluarga mangsa2 lbh tabah menempuh dugaan ini. Kemudian kita digemparkan lagi dengan berita kematian remaja akibat lebih pengambilan dadah. Ya Allah, apa sebenarnya yg trjadi kpd remaja2 Islam zaman sekarang??? Terasa sedih yg amat sgt. Moga mereka dikurniakn hidayah-Mu Ya Rabb. Lagi dan lagi kita di dikejutkan pula dengan berita 529 Ikhwanul Muslimin akn ke tali gantung. Ya Allah!!! Ya Allah!!! Ya Allah!!! Yg di pihak benar selalu ditindas. Terlalu banyak ujian yg harus mereka tempuhi. Namun bila melihat wajah2 tenang mereka, mereka rela menerima apa sahaja ujian. Allahu Robbi moga syurga milik mereka :') Ya Allah, tiada apa yg mmpu aku katakn selain trlalu byk dosaku kpd-Mu Ya Allah. Diri ini hanya seorang hamba yg trlalu kerdil. Moga segala ujian yg Engkau berikn mampu menginsafi kami semua. Allahu Akhbar... Allahu Akhbar... Allahu Akhbar...
Alangkah sedihnya Baginda Rasulullah andai baginda dapat melihat dosa yg trlalu byk dilakukn oleh umatnya...
Ampunkan dosa2 kami Ya Allah...
Mari sama2 kita berselawat
Allahumma solliala saiyyidina muhammad ^_^

Monday 24 March 2014

Di sini bermula...

Setiap manusia pasti ada kisah silam masing-masing, boleh jugak dikatakan zaman jahiliah. Alhamdulillah, semuanya bermula di sini...di bumi USM Kkj ^_^ Dulu sebelum masuk U takut sangat lbh2 lagi bila ramai yg ckp "bila masuk U nie kena jaga2, jgn mudah ikut kawan tkut nnti trpengaruh dgn perkara negatif". Bila fikir balik, Ya Allah risaunya. Iman dlm diri pun x cukup kuat. Tapi sebenarnya kita yg mencorakkan perjalanan hidup kita sendiri sama ada ingin terus mengejar dan mencari nikmat dunia atau ingin merasai kemanisan iman untk menuju ke Jannah. Bak kata pepatah Melayu "dimana ada kemahuan, disitu ada jalan" atau dlm bahasa Latin "aut viam inveniam aut faciam" hehehe tetibe teringat motto SGGS. Sama ada kita sedar atau tidak, bila kita dah niatkn sesuatu yg baik, InsyaaAllah jalan sentiasa akan trbuka untuk kita. It's all depends on us whether we wanna grab it or just let it be. Kata seorang kakak senior kt sini "hidayah itu perlu dicari dan memerlukan penghayatan dlm pembacaan al-Quran". Seorang senior yg dh aku anggap mcm kakak aku sndiri...hurmmm nk dijadikan cerita aku sndiri pun x tahu mcm mn aku blh jd rapat dgn dia. Alhamdulillah, someone yg aku rasa selesa nk brcakap or brtanya. Dh byk sgt dia tolong aku. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki dan permudahkan urusan dia. Hanya Allah yg mampu balas jasa baik dia :') owhhhh ye...dia ada bg aku tiga helai tudung labuh masa hujung sem 1 dulu...Ya Allah trharu x trkata, hadiah yg paling bernilai dlm hidup aku. Something yg dh lama aku teringin nk beli dr dulu hehehe X sangka tu sebenarnya pembuka jalan untuk aku mulakn hidup baru. InsyaaAllah, nnti nk pakaila tudung2 tu hik3 malu tapi seronok sebenarnya. Rasa seronok tu masih ada smpai sekarang ^_^ Moga diri ini mampu untuk terus istiqomah :)
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah

It's Me The New Mujahidah

Alhamdulillah, hanya itu kata2 yg mampu aku ucapkan...
bak kata Tegar dlm lirik lagunya yg fames gitu "aku yg dulu bukanlah yg sekarang..."
hehehe okay now back to story 
Bismillahirrahmanirrahim salam perkenalan 
Cita-cita ku ingin menjadi seorang muslimah sejati
InsyaaAllah, masih berusaha
Moga Allah berkati setiap perjalanan hidup ini